Pakej Umrah 2018

Pakej Umrah 2018 Terbaik Dari Annaufal Travel & Tours

Umrah ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa’i dan bertahallul mengikut tertib.

Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ini adalah pendapat al-Imam as-Syafie r.a. yang al-Azhar. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya.

Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala: Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah (Al-Baqarah 196).

Sabda Nabi yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah r.a. katanya:

Aku berkata : “Wahai Rasullah,apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”.

Annaufal Travel & Tours Sdn Bhd

Pakej Umrah Terbaik Di Malaysia

Niat IhramTawaf dan Sa’i tidak boleh dilakukan di mana-mana tempat lain melainkan di tempat yang ditetapkan. Iaitu niat ihram di Miqat, tawaf 7 pusingan mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram dan bersa’i 7 kali bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah. Terakhir sekali bertahallul iaitu bercukur atau mengunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai selepas itu, segala larangan dalam Ihram menjadi halal sepertimana sebelum beliau berihram.

Beza Umrah dengan Haji ialah Umrah boleh dilaksanakan sepanjang tahun tetapi Haji hanya boleh dilakukan pada bulan haji sahaja, dan hari kemuncaknya ialah pada hari Tasyrik 9, 10, 11, 12 di mana jemaah berkumpul di Padang Arafah dan Mina.

Pada zaman sekarang Kerajaan Arab Saudi menetapkan mana jemaah umrah mestilah mengikut muassasah umrah dan memohon visa umrah melalui agensi umrah. Tiada lagi permohonan Visa umrah dapat dilakukan di Kedutaan Arab Saudi secara individu.

Pakej Umrah 2018 Yang Terbaik

Annaufal Travel & Tours adalah sebuah syarikat pelancongan yang khusus kepada umrah dan ziarah. Syarikat Annaufal Travel & Tours telah beroperasi pada tahun 2016 sehingga kini. Dipimpin oleh pengarah syarikat sendiri iaitu Haji Suhaimi Bin Haji Mat Saman.

Terdapat 3 pakej umrah yang ditawarkan kepada mereka yang ingin mengerjakan umrah bersama Annaufal Travel & Tours. Pakej Umrah 2018 yang pertama adalah pakej umrah ekonomi sumayya. Harga dari Rm 6,690.00. Hotel di Madinah – Al Mukhtara International Hotel @ setaraf jarak 150m. Hotel di Mekah – Saraya Iman Hotel @ setaraf 350m. Pakej Umrah 2018 yang kedua : Pakej Umrah Premium Aisha – Harga dari Rm 8,490.00. Hotel di Madinah – Al Mukhtara International Hotel @ setaraf 150m. Hotel di Makkah – Safwah Royal Orchid Hotel @ setaraf jarak 50m. Pakej Umrah 2018 yang ketiga : Pakej Umrah Platinum Khadeja. Harga dari Rm 9,390. Hotel di Madinah – Al Saha Hotel @ setaraf jarak 80m. Hotel di Mekah – Safwah Royal Orchid Hotel @ setaraf jarak 50m. Boleh lihat info gambar di bawah untuk keterangan lanjut.

Annaufal Travel & Tours Sdn Bhd (2)